Penciptaan kandungan

Penciptaan kandungan (Bahasa Inggeris: content creation) ialah sumbangan maklumat ke sebarang media dan terutama media digital untuk pengguna dalam konteks tertentu,[1] Kandungan ialah "sesuatu yang ingin diekspresikan melalui beberapa media, seperti pidato, menulis atau pelbagai seni"[2] untuk mengekspresikan diri, pengedaran, pemasaran atau penerbitan. Bentuk tanggungjawab penciptaan kandungan di antaranya ialah pemeliharaan dan pembaharuan kansdungan laman web, blogging, penulisan rencana, fotografi, videografi, komen dalam talian, pemeliharaan akun media sosial, dan penyuntingan serta pengedaran media digital. Sebuah tinjauan Pew menggambarkan penciptaan kancungan sebagai penciptaan "bahan yang disumbangkan oleh orang ke dunia dalam talian."[3]